Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Harimau, piranha jadi pengawal penjara

9:16am 16/11/2015 Pak Roshan 755 views Global
WASESO (kiri) melihat seekor buaya ketika berkunjung ke ladang buaya di Medan Sumatera, kelmarin. Dia bercadang menggunakan haiwan itu dan juga harimau serta piranha sebagai pengawal penjara di sebuah pulau di Indonesia.

WASESO (kiri) melihat seekor buaya ketika berkunjung ke ladang buaya di Medan Sumatera, kelmarin. Dia bercadang menggunakan haiwan itu dan juga harimau serta piranha sebagai pengawal penjara di sebuah pulau di Indonesia.

Jakarta: Apabila Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan (BNN) mengumumkan rancangan menempatkan buaya di penjara yang mengurung banduan menanti hukuman mati di sebuah pulau negara itu, kerajaan bergegas menyatakan ia hanya gurauan.

Bagaimanapun, kelmarin, Budi Waseso berkata, dia kini merancang untuk turut menggunakan harimau dan piranha mengawal penjara berkenaan.

Media tempatan memetik ketua BNN itu sebagai berkata, dia sudahpun memperoleh dua buaya dari sebuah ladang untuk menjalankan kajian mengenai keganasan dan kekuatan mereka dan mungkin menempatkan 1,000 ekor haiwan itu bagi menghalang pesalah melarikan diri.

“Jumlah itu akan bergantung sebesar mana kawasan berkenaan. Mungkin kami juga akan menempatkan piranha di sekeliling pulau itu.

“Memandangkan jumlah pengawal tidak mencukupi, kami juga mungkin menggunakan binatang liar. Kami boleh menggunakan harimau, mungkin pada masa sama untuk menggalakkan pemuliharaan,” katanya.

Piranha, sejenis ikan yang memakan daging manusia biasanya didapati di Amerika Selatan, tidak di Indonesia.

Dalam kenyataan berasingan menerusi stesen televisyen TVOne, Waseso menolak kritikan yang mendakwa rancangannya menggunakan haiwan untuk mengawal penjara sebagai mencabuli hak asasi pesalah.

“Kita perlu lihat kepada masalah itu secara menyeluruh. Mereka adalah pembunuh. Pembunuh yang menyebabkan kematian ramai orang dengan dadah mereka. Kenapa tidak kita melihat hak asasi mangsa mereka?” katanya.

Jurucakap agensi berkenaan Slamet Pribadi berkata, rancangan menempatkan binatang liar di sekeliling penjara berkenaan bukan jenaka.

“Kegiatan menyeludup dadah adalah jenayah luar biasa. Kerana itu, untuk memeranginya juga perlu cara luar biasa,” katanya.

Slamet berkata, idea itu masih diperingkat awal dan agensi berkenaan masih di berbincang dengan kementerian kehakiman.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan