Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harimau bintang sesat dalam sekolah

SEORANG lelaki cuba menembak harimau bintang menggunakan pelali ketika haiwan itu menyerang pegawai hidupan liar.
SEORANG lelaki cuba menembak harimau bintang menggunakan pelali ketika haiwan itu menyerang pegawai hidupan liar.

Bangalore (India): Seekor harimau bintang jantan yang tersesat ke dalam sekolah di bandar di selatan negara ini, mencederakan lima orang ketika cubaan untuk menangkapnya, kata seorang pegawai hidupan liar.

Gambar kejadian menunjukkan haiwan itu merayau di sekitar sekolah yang ditutup pada Ahad dan cuba mencederakan pegawai perhutanan, aktivis hidupan liar dan sesiapa saja yang menghampirinya.

Ketua pegawai hidupan liar di Karnataka, Ravi Ralph berkata, harimau bintang itu dipercayai masuk ke pekarangan sekolah dari hutan berhampiran dengan melompat tembok.

Haiwan itu dilihat menyerang seorang lelaki yang menggunakan tangan untuk melindungi dirinya. Ia juga dilihat mencakar kaki lelaki terbabit ketika cuba menyelamatkan diri dengan memanjat pagar.

“Harimau bintang itu akhirnya berjaya ditangkap dan dikurung selepas operasi menangkapnya selama empat jam, apabila ia terperangkap di dalam sebuah bilik dan ditumbangkan dengan satu tembakan pelali,” kata Ralph.

Ia kemudian dibawa ke zoo Bannerghatta di Bangalore untuk pemeriksaan, dan dilaporkan dibebaskan ke dalam hutan semula.

Mangsa yang cedera dirawat dengan kecederaan ringan. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan