Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Harimau bintang, buaya kongsi makan

9:07am 02/01/2016 Pak Roshan 788 views Global
HARIMAU bintang dan buaya membaham bangkai kuda belang itu.

HARIMAU bintang dan buaya membaham bangkai kuda belang itu.

Massai Mara (Kenya): Seekor kuda belang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor buaya yang kelaparan, tetapi dibaham harimau bintang yang menunggu di tebing sungai.

Kuda belang berkenaan berakhir dengan menjadi makanan untuk kedua-dua haiwan itu di taman negara di sini.

Gambar kejadian itu berjaya dirakam jurugambar Ingo Gerlach.

“Saya melihat sekumpulan kuda belang bersiap sedia untuk menyeberang sungai. Ketika itu, sungai berkenaan penuh dengan buaya. Saya pasti kuda belang berkenaan menyedari kehadiran sang bedal, tetapi terpaksa menyeberanginya dengan berlari pantas.

“Bagaimanapun, seekor daripadanya dibaham. Dia berjaya melepaskan diri, tetapi jatuh apabila berada ditebing, mungkin kerana cedera,” kata Gerlach.

Menurut jurugambar itu, ketika berada di tebing berbatu itu, seekor harimau bintang jantan pula muncul.

“Kerana cedera, kuda belang itu tidak berpeluang melarikan diri. Harimau itu menerkam lehernya. Kuda itu rebah. Dan buaya terbabit pula merangkak naik dan membaham belakang mangsanya.

“Kedua-dua haiwan itu berkongsi mangsa sebelum buaya itu berpatah balik ke sungai dan harimau bintang itu ke gigi air untuk minum,” kata Gerlach. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan