Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hari terbuka UCSF dapat sambutan baik

Sesi pendaftaran terbuka yang berlangsung baru-baru ini
Sesi pendaftaran terbuka yang berlangsung baru-baru ini
KOTA KINABALU: Hari Terbuka University College Sabah Foundation (UCSF) yang berlangsung pada baru-baru ini di Kampus utama, Sembulan dan di Kompleks Beli-Belah, Suria Sabah raih sambutan mengalakkan daripada kalangan belia.
Naib Canselor UCSF Prof Datuk Dr Ghazally Ismail berkata, program berkenaan berjaya menarik golongan belia untuk mendaftar bagi kemasukan semester pertama pada 20 April ini dan kemasukan pada bulan Jun kelak.
Menurutnya, UCSF menawarkan empat program pengajian yang bakal bermula pada April ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Diploma Pengurusan Pelancongan.
“Selain itu, terdapat empat lagi program akan datang dalam peringkat sama yang dijangka akan bermula pada bulan Jun menjadikan lapan program pengajian akan bermula pada tahun ini,” katanya di sini, kelmarin.
Ghazally berkata, pihaknya turut menolong  para pelajar untuk mendapatkan pinjaman ataupun biasiswa daripada pelbagai agensi seperti Yayasan Sabah (YS) dan beberapa agensi lain bagi menampung pengajian.
Beliau berkata, para pelajar yang datang mendaftar pada hari berkenaan juga hanya dikenakan yuran pendaftaran yang mana pihaknya telah bersetuju untuk mengecualikan yuran permohonan kepada para pelajar.
“Terdapat pelbagai program dan aktiviti yang telah kita sediakan sepanjang program yang turut sama dimeriahkan dengan Radio Hitz FM.
“Antaranya adalah, pameran animasi, sesi ceramah berkenaan dengan pinjaman dan program serta lawatan ke sekitar kampus dan hostel buat para pengunjung yang tiba,” katanya.
Katanya, UCSF mempunyai masa depan yang cerah untuk para pelajar melanjutkan pelajaran kerana banyak perkara baharu yang dipertingkatkan dari masa ke semasa seperti penambahan peluang tajaan pengajian dan infrastuktur universiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai UCSF, sila hubungi talian 088-511 111 atau emel di [email protected].-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan