Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hari Terbuka Hospital Queen Elizabeth Sabtu Ini

3:04pm 19/11/2015 Pak Roshan 168 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

qe2

KOTA KINABALU : Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, akan menganjurkan Hari Terbuka Hospital, Sabtu ini, bertempat di Dewan Auditorium Tingkat 2, Menara Berkembar HQE, mulai pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengah hari.

Pengarah HQE Dr Heric Corray berkata pelbagai program dan aktiviti telah disusun, yang antara lain bertujuan memberi penjelasan serta pendedahan kepada orang ramai mengenai peranan dan kaedah perubatan ditawarkan di hospital itu.

Antara aktiviti disediakan termasuk pameran kesihatan dan perubatan, sesi penerangan pelbagai penyakit dan kaedah pencegahan serta program berhenti merokok melalui Unit Promosi Kesihatan, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma juga disediakan kepada para pengunjung meliputi pemeriksaan mata dan glaucoma, kanser prostat, kanser mulut, hidung dan payudara,” katanya.

Dr Heric berkata Hari Terbuka HQE itu merupakan aktiviti tahunan anjuran bersama Persatuan Gabungan Wanita Cina Sabah sebagai usaha mempertingkat kefahaman orang ramai terhadap dasar-dasar dan program hospital.

“Diharapkan hari terbuka ini akan memberi kesan positif kepada orang ramai dalam usaha mempertingkat tahap kesihatan masing-masing sekali gus memberi ruang pihak hospital untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan,” katanya.

Untuk itu, Dr Heric menjemput orang ramai khususnya masyarakat di sekitar Kota Kinabalu untuk bersama-sama menghadiri hari terbuka tersebut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan