Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HARI TERBUKA BORNEO HONEYBEE CENTRE DI SIKUATI 5-6 APRIL

KOTA KINABALU: Korporasi Pembangunan Desa (KPD) akan mengadakan Hari Terbuka Pusat Lebah Madu Borneo atau Borneo Honeybee Centre (BHBC) di Sikuati, Kudat dari 5 hingga 6 April depan.

Acara ini dianjurkan sempena sambutan ulang tahun kedua penubuhan BHBC.

Peta fasiliti Borneo Honeybee Centre. Gambar SNT/Ihsan KPD

BHBC ditubuhkan oleh KPD bagi memacu perkembangan industri madu lebah di Sabah serta mempelbagaikan pendapatan para petani luar bandar melalui bidang penternakan lebah madu.

BHBC yang berkeluasan 8.5 ekar menempatkan kilang pemprosesan tiga jenis madu lebah iaitu kelulut, potiukan (madu liar) dan tropikal (madu pelihara).

Madu lebah keluaran KPD yang tulen 100 peratus dengan kadar enzim yang tinggi menerima pensijilan Halal,  pensijilan ISO 9001:2015 dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) untuk Kilang Pemprosesan Madu Lebah di pusat berkenaan.

Landscape di Borneo Honeybee Centre, Sikuati Kudat. Gambar SNT/Ihsan KPD

Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang Pertandingan Ratu Lebah Kanak-kanak bawah 12 tahun, Pertandingan Topping Gelodok Haif Lebah Madu Terbaik, Pertandingan Petani Kontrak Madu Lebah dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti sampingan lain adalah pertandingan tarik tali lelaki dan wanita, pertandingan dart dan persembahan zumba dan persembahan nyanyian karaoke.

Para pengunjung berpeluang menikmati signature dishes KPD iaitu daging kambing panggang (grilled lamb chop) dan ayam panggang KPD dengan harga istimewa semasa program tersebut.

Yuran kemasukan ke BHBC tidak dikenakan bagi menghargai sokongan orang ramai serta menggalakkan penyertaan mereka di acara tersebut.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini boleh menghubungi Pusat Lebah Madu Borneo di 088-613548, Juita Arhan 019-5894088 dan Jonal Majampan +6014-6506052.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan