Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HARI TANPA KUPON DAN SAMAN DBKK TIDAK BENAR: MAYOR

Kenyataan Mayor Datuk Yeo Boon Hai (kiri) hari ini menafikan kebenaran surat pekeliling ini (kanan).Gambar SNT/Ehsan DBKK dan Media Sosial

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini menafikan akan mengadakan Hari Tanpa Kupon dan Saman (Bagi Kesalahan Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta Berkupon Sahaja) sempena Hari Jadi Rasmi TYT ke-65.

Mayor Datuk Yeo Boon Hai berkata, surat pekeliling yang tular di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook itu adalah tidak benar.

Menurut pekeliling dengan kepala surat DBKK Holdings, anak syarikat DBKK yang mengendalikan tempat letak kereta berkupon di kawasan bandaraya, dan ditandatangani oleh Pengurus Besar, Jimon Jahim kononya pemandu tidak perlu menyediakan kupon letak kereta dari 3 hingga 5 Oktober.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan