Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hari paling panjang dan hari paling singkat 21 Disember ini

Gambar rajah menunjukkan perbezaan antara Winter Solstice, Summer Solstice, Autumnal Equinox dan Vernal Equinox.
Gambar rajah menunjukkan perbezaan antara Winter Solstice, Summer Solstice, Autumnal Equinox dan Vernal Equinox.

KOTA KINABALU: Bumi bakal mengalami hari paling panjang di hemisfera selatan dan hari paling singkat di hemisfera utara pada 21 Disember ini.

 

Menurut Pegawai Sains Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, pada tarikh berkenaan Bumi khasnya di hemisfera utara bakal mengalami fenomena solstis musim sejuk dan hemisfera selatan pula bakal mengalami solstis musim panas.

“Fenomena solstis musim sejuk merujuk kepada fenomena bumi akan mengalami hari yang singkat apabila Matahari berada di titik terendah di langit. Keadaan ini hanya akan berlaku di hemifera utara sahaja manakala keadaan berlawanan pula akan berlaku di hemisfera selatan”.

“Di hemisfera selatan, Matahari akan berada pada titik tertinggi dan menyebabkan mereka yang berada di situ akan mengalami hari terpanjang bagi tahun 2016 atau juga dikenali sebagai permulaan fenomena solstis musim panas,” katanya ketika dihubungi oleh pemberita.

Tambah Zamri, fenomena solstis adalah fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun. Fenomena ini disebabkan oleh kedudukan paksi Bumi yang condong sebanyak 23.5 darjah.

 

Ujarnya lagi, tarikh dan masa bagi fenomena solstis Disember adalah didapati berbeza-beza untuk beberapa tahun ini kerana perbezaan antara kalendar tahunan kita yang mempunyai 365 hari dalam satu tahun manakala pergerakan sebenar Bumi mengelilingi Matahari atau tahun solar pula adalah selama 365.26 hari.

Tahun solar mewakili tempoh sebenar yang diperlukan untuk Bumi mengorbit sepenuhnya mengelilingi Matahari dan tempohnya sedikit panjang berbanding dengan kalendar yang kita gunakan dari 1 Januari hingga 31 Disember dalam satu tahun.

 

Bagaimanapun, Zamri berkata orang ramai tidak perlu risau kerana fenomena tersebut adalah merupakan fenomena biasa dan ianya hanya memberi kesan dari segi musim dan tempoh panjang hari yang berbeza kepada kawasan-kawasan di hemisfera selatan dan utara Bumi sahaja. ASMIDAR ZAINOL / anthonyconstantinou.blog

Pegawai Sains, Planetarium Negara, Zamri Shah Mastor.
Pegawai Sains, Planetarium Negara, Zamri Shah Mastor.

 

Komen


Berita Berkaitan