Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hari Pahlawan sederhana tapi meriah

Acara pentomin mengenai malim gunung sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2015. - foto Alex Mairin / SayangSabah
Acara pentomin mengenai malim gunung sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2015. – foto Alex Mairin / SayangSabah

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hadir merasmikan Hari Pahlawan Peringkat Negeri 2015 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pagi tadi.

Dalam majlis itu, belia turut mengadakan acara tabik hormat kawad perbarisan anggota keselamatan.

Program sempena Hari Pahlawan tahun ini turut diserikan dengan persembahan pentomin ‘Op Kinabalu’ dipersembahkan oleh Pasukan Petugas 450 Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Lok Kawi bersama sebahagian malim gunung yang terlibat dalam kejadian bencana gempa bumi yang berlaku di negeri ini.

Selain itu, sajak malim gunung yang berjudul ‘Pahlawan’ hasil nukilan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif turut dideklamasikan oleh Mohd. Fauzi Jamika daripada ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Tun Juhar Mahiruddin memeriksa kawad perbarisan sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah. - foto Alex Mairin / SayangSabah
Tun Juhar Mahiruddin memeriksa kawad perbarisan sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah. – foto Alex Mairin / SayangSabah

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir yang juga Pengerusi Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2015.

Turut hadir Panglima Angkatan Petugas 450 Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari A.M Nadzeer; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya dan Panglima Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Ansar Ali Majeth. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan