Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hari Orang Asal Sedunia 2018 Peringkat Negeri Sabah diRaikan

KIULU: Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah diraikan di sini hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sambutan berkenaan rentetan daripada mesyuarat yang dihadirinya di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 2007 dan 2014.

“Saya hadir untuk mewakili Malaysia ketika itu dan kita di antara negara yang bersetuju untuk mencari pendekatan bagaimanakah caranya antara orang asal ini dapat bergabung, bertukar pendapat dan membuat beberapa diskusi.

“Kita menghormati hak-hak orang asal dan kita mengenali yang tersirat atau terkandung dalam hak-hak ini yang perlu kita laksanakan sebaik mungkin.

“Saya yakin ianya satu langkah yang harus kita lakukan setiap tahun bukan hanya untuk meraikan sambutan orang asal tetapi juga untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini dan secara tidak langsung kita dapat membangunkan industri kecil di peringkat luar bandar,” katanya.

Tambah Shafie, sambutan berkenaan merupakan satu langkah yang baik bukan sahaja dalam membentuk sebuah negara tetapi juga mengenali dan menunaikan keperluan apa dan hak-hak orang asal di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata
Deklarasi Mengenai Hak-Hak Orang Asal Sedunia bukan merupakan satu dokumen perundangan tetapi menggariskan hak-hak Orang Asal Sedunia dengan menyeluruh.

“Dengan adanya Sambutan Hari Orang Asal Sedunia ini, saya yakin sudah tiba masanya Kerajaan Sabah turut memberi perhatian yang sepatutnya untuk mengadaptasi artikel-artikel di
dalam Deklarasi Mengenai Hak-Hak Orang Asal Sedunia ke dalam pembentukan polisi-polisi Kerajaan Sabah.

“Untuk sekian lamanya, Orang-orang Asal Sabah memperjuangkan pengiktirafan terhadap identiti, gaya hidup dan hak tanah adat, wilayah serta sumber asli namun sejarah membuktikan golongan Orang Asal seringkali menjadi mangsa dan diabaikan.

“Oleh yang demikian saya mengajak semua yang hadir sama-sama berusaha membangunkan masyarakat Orang Asal, Anak-anak Negeri Sabah.

“Kerajaan akan turut berusaha keras bagi memastikan golongan ini akan diangkat dan dimartabatkan,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Induk sambutan berkenaan, Tan Sri Wences Angang dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedick./Penerangan-

Peserta-peserta pameran yang memakai baju etnik masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar dengan Shafie (tengah).

Komen


Berita Berkaitan