Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hari memperingati tragedi gempa bumi Ranau

3:34pm 02/06/2016 Leolerry Lajius 1032 views Tempatan
Masidi ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi ketika sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Satu acara akan diadakan bagi memperingati genap setahun tragedi Gempa Bumi yang berlaku di Ranau pada 5 Jun tahun lalu yang akan diadakan ahad ini.

Sempena dengan acara ini satu monumen juga akan dilancarkan yang akan di letakkan di 1 kilometer dari Timpohon sebagai simbolik untuk memperingati tragedi berkenaan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, monumen itu akan dibina daripada bongkah batu yang runtuh ketika tragedi berkenaan.

“Secara simboliknya batu ini adalah sebagai memperingati tragedi berkenaan dan kita juga akan sentiasa menambah baik monumen ini dari semasa ke semasa,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Masidi turut menyatakan, sejak pendakian ke Gunung Kinabalu dibuka pada 1 December yang lalu seramai 17274 pendaki telah dicatatkan yang mana 55 peratus daripada jumlah itu adalah pelancong luar negara.

“Jumlah itu memperlihatkan bahawa keyakinan pelancong terhadap aspek keselamatan di Gunung Kinabalu.”

“Kita juga amat terhutang budi kepada malim gunung dan individu lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha untuk membaik pulih laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu,”katanya.

Tambah beliau, sebagai menghargai sumbangan para malim gunung, kadar bayaran juga turut dinaikkan bagi setiap pendakian daripada RM150.00 sebelum ini kepada RM230.00.

Laluan pendakian Ranau Trail yang sudah dibuka untuk laluan, kini siap 98 peratus tapi masih dalam proses pembaikan manakala laluan Kota Belud Trail pula kini telah siap 80 peratus.

Menurut Masidi lagi, satu muzium khas juga bakal dibina di masa akan datang yang akan menempatkan gambar-gambar tragedi gempa bumi bekenaan sebagai tatapan pengunjung.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan