Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hari Malaysia Dimeriahkan Pertandingan Bunga Api Antarabangsa

12:43pm 12/06/2014 Pak Roshan 11 views Nasional

kotakinabalu

KOTA KINABALU: Buat julung kali, langit Sabah akan diterangi bunga api penuh berwarna-warni tatkala pasukan dari seluruh dunia berentap pada Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Sabah (SIFC) 2014.

SIFC 2014 akan berlangsung selama 16 hari mulai 1 Sept dengan dua malam untuk pertunjukan dan empat malam untuk pertandingan di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, di sini.

Pasukan profesional dari lapan negara termasuk Perancis, United Kingdom dan Australia akan menyertai pertandingan dengan persembahan bunga api yang dapat dilihat sepanjang pantai Sabah sejauh tujuh kilometer.

SIFC dalam kenyataan di sini hari ini berkata pertandingan akan berakhir dengan persembahan bunga api sebagai acara kemuncak pada sambutan Hari Malaysia 2014.

Pertunjukan cahaya, warna dan bunyi berirama itu akan disusuli dengan persembahan secara langsung oleh artis-artis antarabangsa dan tempatan.

Selain bunga api dan persembahan muzik, pertandingan dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti Bazar SIFC yang mempamerkan pelbagai hasil kraftangan tradisional Sabah sambil menikmati makanan tempatan dan antarabangsa.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk menyaksikan pertandingan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian +6 088 212396, atau melayari laman sesawang www.sabahifc.com, laman Facebook(www.facebook.com/SabahIFC) dan Twitter (www.twitter.com/SabahIFC).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan