Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hari Keluarga UMNO Ranau meriah

10:53pm 17/11/2015 Ann Vivien 30 views Politik,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
Masidi (tengah) mengabadikan kenangan dangan para peserta

Masidi (tengah) mengabadikan kenangan dangan para peserta

RANAU: Lebih dari 600 menghadiri Hari Keluarga UMNO Bahagian Ranau baru-baru ini bertempat di Tapak Tamu Ranau berhampiran dengan Sungai Liwagu.

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun , Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap KetuA UMNO Bahagian Ranau dan juga ADUN N30 Karanaan.

Acara yang bermula seawal jam 8 pagi turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Tan Sri Bernard G. Dompok yang merupakan mantan Ahli Parlimen Ranau dan juga Duta Besar Malaysia ke Vatikan dan Hj Baharudin Yusuf, Naib Ketua UMNO Bhg Tanah Merah, Kelantan bersama rombongannya.

Ketika berucap, Masidi memberitahu bahawa acara berkonsep santai tersebut amat bersesuaian diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli parti dan beliau turut berharap agar acara tersebut dapatdikembangkan merangkumi ahli-ahli komponen parti Barisan Nasional di daerah tersebut di masa-masa akan datang.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli UMNO di Ranau atas perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat khususnya di Ranau dan diharapkan usaha ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang bagi memastikan Barisan Nasional tetap utuh di kawasan ini”, katanya.

“Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita tidak dapat lari daripada cemuhan dan tomahan negatif terutamanya dari pihak pembangkang terutamanya melalui media sosial namun saya berharap agar ianya tidak melemahkan semangat kita untuk berjuang. Anggaplah itu semua adalah cabaran yang memperkuatkan dan mematangkan diri kita dalam usaha membela nasib rakyat terutamanya di daerah ini”, tambahnya lagi.

Masidi turut memuji ahli-ahli jawatankuasa acara tersebut kerana berjaya menganjurkan acara tersebut dengan jayanya.

“Saya difahamkan bahawa semua makanan yang tersedia pada hari ini adalah hasil usaha bersama dan ada diantaranya yang dibawa secara ‘Port Luck’. Inilah sebenarnya semangat kekeluargaan yang harus dicontohi ,” katanya lagi sebelum mengakhiri ucapannya.

Acara tersebut turut diserikan dengan cabutan tiket bertuah dan juga persembahan dari kumpulan The Deep Buskers, artis kumpulan kelahiran daerah Ranau.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan