Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,742

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hari Jeraya Sabah 2016 platrfom perkongsian ilmu pembinaan jalan raya

3:58pm 05/04/2016 Leolerry Lajius 26 views Tempatan
Musa bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan memengang buku yang mengandungi enam hala tuju pembangunan infrastruktur di negeri ini.

Musa bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Joseph Pairin Kitingan memengang buku yang mengandungi enam hala tuju pembangunan infrastruktur di negeri ini.

KOTA KINABALU: Hari Jeraya Sabah 2016 menjadi platfrom penting perkongsian ilmu dalam pembinaan jalan raya yang merangkumi perkongsian teknologi dalam menangani bencana alam serta pembinaan jalan raya mesra alam.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, program yang akan membentangkan sebanyak 12 kertas kerja dari dalam dan luar negara ini akan menjadi platfrom perkongsian ilmu dengan mengaplikasikan teknologi terkini dalam pembinaan jalan raya.

“Dalam program ini terdapat juga wakil dari luar negara yang akan membentangkan kertas kerja mereka seperti dari Taiwan dan kita boleh berkongsi kaedah dan pengalaman dari negara mereka dalam pembinaan jalan raya bagi menghadapi bencana seperti gempa bumi.”

“Melalui perkongsian ini kita juga akan dapat mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan pembinaan jalan raya lebih mapan, berkualiti dan mesra alam,” katanya ketika ditemui media selepas  majlis perasmian Hari Jeraya Sabah 2016 di Sutera Harbour, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Menteri Infrastruktur Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, dalam tempoh lima tahun mulai Disember 2010 sehingga Disember 2015 pertambahan sejumlah 4.9% jalan telah dinaiktaraf ke jalan berturap di negeri ini.

“Mengikut statistik terkini, Negeri Sabah mempunyai rangkaian jalan raya berjumlah 21, 934 kilometer di mana 11,355 kilometer atau 51.8% adalah merupakan jalan berturap,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambah Pairin, kementeriannya juga telah merangka pelbagai strategi serta membuat perancangan berhubung dengan pengurusan trafik bagi mengatasi  masalah kesesakan lalulintas di sekitar Kota Kinabalu.

“Sebagai contoh, projek pembinaan persimpangan bertingkat Jalan Lintas yang menelan belanja sebanyak RM217.6 juta telah mencpai kemajuan sebanyak 53% setakat ini dan dijangka siap pada 8 Julai tahun 2017,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan