Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hari ANZAC Bangkitkan Rasa Kebersamaan

KOTA KINABALU – Sabah terus memperingati wira perang Kor Tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) pada Hari ANZAC supaya rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda di negeri ini dapat membangkitkan rasa kebersamaan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Hari ANZAC adalah penting buat Sabah untuk generasi masa kini bagi menghargai mereka yang telah berjuang untuk keamanan.

“Saya berharap generasi muda akan terus membangkitkan rasa persaudaraan, semangat tinggi dalam menentang kejahatan dan menjaga keamanan.

“Keamanan perlu diperjuangkan bersama. Seluruh dunia pada masa ini juga berwaspada bukan hanya untuk perdamaian dalam konflik, khususnya di Timur Tengah, tetapi juga mengenai keamanan dan keadaan iklim,” katanya.

Pairin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara memperingati Hari ANZAC di Tugu Peringatan Perang Borneo Utara di sini hari ini.

Beliau turut meletakkan kalungan bunga di tugu itu, diikuti Timbalan Ketua Misi Australia Michael Growder dan wakil dari Indonesia, Jepun, Brunei dan Perancis.

Tugu peringatan itu dibina pada 1923 bagi memperingati tentera British yang gugur ketika berjuang dalam perang dunia pertama dan wira perang Australia yang gugur semasa berjuang mempertahankan Sabah, dikenali sebagai Borneo Utara pada masa itu, ketika perang dunia kedua. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan