Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hargai pengorbanan perajurit

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

TAWAU – Pengorbanan bekas perajurit negara nyata tidak ternilai harganya dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau sebutir pingat sekalipun.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, jasa serta pengorbanan telah dicurahkan oleh para perajurit negara demi keamanan dan kedaulatan yang dikecapi kini, wajar dikenang.

“Jasa dan pengorbanan mereka curahkan untuk negara dan rela meninggalkan keluarga demi negara tercinta ini sukar dibalas oleh rakyat,” katanya berucap dalam Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Dewan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Tawau, di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Dalam majlis itu, seramai 20 bekas perajurit dari daerah ini menerima pingat Jasa Malaysia manakala dua lagi menerima kunci rumah sumbangan Persatuan Veteran Tentera dan dua  lagi menerima sumbangan tongkat.

Tawfiq turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM6,000 yang disalurkannya setiap tahun kepada Persatuan Veteran Tentera daearah ini bagi menjalankan aktiviti mereka. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan