Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hargai pengorbanan anggota tentera-Hamisa

10:09am 17/09/2016 Leolerry Lajius 32 views Tawau,Tempatan

TAWAU: Jasa dan pengorbanan anggota tentera yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar dihargai kerana mereka memainkan peranan yang penting bagi memastikan keselamatan negara.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan dan rakyat amat menghargai dan memberi nilai yang tinggi terhadap setiap anggota tentera agar negara terus mengecap nikmat keamaman dan harmoni.

 

“Karisma dan peranan ini bukan saja menjadikan ATM disayangi dan dihormati malah sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dalam memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam tidak diganggu gugat oleh pihak berkepentingan,” katanya semasa kunjungan ke Pos Kawalan Tentera Darat Kalabakan, Tawau kelmarin sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera dan Hari Malaysia.

 

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia 3 Rejimen Renjer DiRaja dipimpin oleh Kapten Mohd Lokman Ab Kadir kompeni Bravo Batalion ke 3 Rejimen Renjer Di Raja.

 

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, tugas anggota tentera kini tidak lagi hanya tertumpu kepada menjaga ke­selamatan di sempadan negara atau berada di dalam hutan.

 

“ATM hari ini berada di mana-mana dan tugas mereka diakui masyarakat dalam pelbagai segi. Tanggungjawab serta peranannya amat dihargai terutama pembabitan dalam misi kemasyarakatan ketika bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan kebakaran,” katanya.

Tambah beliau, anggota ATM  merupakan pasukan yang sentiasa melaksanakan tugas tanpa mengenal sempadan masa dan waktu sama ada di darat, laut atau udara dan sentiasa menggalas tugas dengan baik, meskipun sering kali berhadapan dengan pelbagai risiko besar yang mengancam nyawa./SayangSabah

Kenangan....Hamisa bergambar kenangan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia 3 Rejimen Renjer DiRaja di Pos Kawalan Tentera Darat, Kalabakan, Tawau.

Kenangan….Hamisa bergambar kenangan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia 3 Rejimen Renjer DiRaja di Pos Kawalan Tentera Darat, Kalabakan, Tawau.

 

Gambar :

 

  1. Kenangan….Hamisa bergambar kenangan dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia 3 Rejimen Renjer DiRaja di Pos Kawalan Tentera Darat, Kalabakan, Tawau.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan