Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hargai pengorbanan anggota keselamatan

Musa menyampaikan sumbangan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa menyampaikan sumbangan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pengorbanan dan sumbangan anggota keselamatan wajar dihargai kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam menjaga kestabilan dan keselamatan negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, sumbangan anggota keselamatan kepada negara tidak ternilai harganya dalam memastikan keselamatan sentiasa terjamin.

“Semua rakyat harus memberikan sokongan dan kerjasama dengan anggota keselamatan dengan mewujudkan semangat kekeluargaan bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,”katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan kuih muih Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan keselamatan, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Musa berkata, pemberian kuih muih kepada pasukan keselamatan merupakan tanda penghargaan kepada anggota keselamatan yang bertugas sepanjang musim perayaan.

“Kita amat bersyukur kerana dapat menyambut setiap perayaan dalam suasana yang aman dan mempunyai barisan pasukan keselamatan yang sanggup bertugas walaupun di musim perayaan.

“Walaubagaimanapun, dalam keadaan aman sekalipun kita haruslah sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, justeru adalah penting bagi kita untuk memberikan sokongan kepada anggota keselamatan kita,”katanya.

Sebanyak 32 pertubuhan berkaitan dengan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO) telah memberikan sumbangan sempena majlis berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan