Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hargai jasa, pengorbanan anggota keselamatan

hamisah

TAWAU –  Kesejahteraan dan keamanan negara tidak akan wujud tanpa pengorbanan serta kesanggupan para petugas pasukan keselamatan tanpa mengira waktu dan masa termasuklah pada musim perayaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, jasa dan sumbangan mereka harus dikenang setiap rakyat di negeri ini apatah lagi kesanggupan mereka meninggalkan keluarga tercinta demi menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“Pasukan keselamatan banyak berkorban kepada negara untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Mereka sanggup bekerja di perbatasan negara, hutan dan sebagainya serta terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“Kita amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertugas tanpa mengira masa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke atas pasukan keselamatan di 5 Briged 7RAMD di Pos Kawalan Kalabakan, Tawau sempena Hari Kemerdekaan. di sini semalam.

Sehubungan itu, Hamisa meminta warga masyarat di daerah Tawau supaya tidak melupakan jasa anggota pasukan keselamatan yang tidak pernah jemu berkhidmat untuk kesejahteraan negara.

Beliau berkata, setiap individu perlu mempunyai kesedaran untuk menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa.

Menurutnya, rakyat harus ingat bahawa keamanan dan pembangunan pesat yang dinikmati kini merupakan hasil perjuangan pasukan keselamatan menentang musuh.

Katanya, pelbagai cara boleh ditunjukkan oleh rakyat negara ini untuk menghargai jasa warga polis.

‘‘Pengorbanan dan jasa mereka perlu dihargai kerana peranan mereka amat besar dan tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit atau sebagainya. Kerana mereka, kita semua dapat menikmati kehidupan yang selesa pada hari ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu menambah, pengorbanan anggota pasukan keselamatan ini harus disanjung tinggi oleh semua lapisan rakyat.

Komen


Berita Berkaitan