Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hargai Bakti Pasukan Keselamatan Bertugas Di Musim Perayaan – Hamisa

askar

TAWAU : Bakti dan pengorbanan seluruh anggota pasukan keselamatan yang bertugas tanpa mengira waktu termasuk ketika musim perayaan bagi menjaga kedaulatan dan keamanan negara ini khususnya di Sabah perlu sentiasa dihargai.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata jasa anggota pasukan keselamatan terdiri daripada tentera dan polis dalam menjaga keselamatan negara amat besar maknanya sehingga membolehkan rakyat dapat menyambut Aidilfitri dan perayaan lain.

“Kerajaan tidak pernah lupa jasa dan sumbangan pasukan keselamatan. Rakyat juga harus menghargai pengorbanan pasukan keselamatan yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab walaupun pada musim perayaan,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada pasukan keselamatan bertugas di Tawau di sini hari ini.

Hamisa berkata sumbangan kuih raya itu adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kerajaan negeri kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada Aidilfitri ini.

Pada majlis itu, 13 pasukan keselamatan terdiri daripada polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerima sumbangan itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan