Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Harga Siling Bagi 12 Jenis Barangan Semasa Kaamatan Di Labuan – KPDNKK

7:10pm 23/05/2016 Pak Roshan 145 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

kpdnkk23-600x338

LABUAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan telah menetapkan harga siling bagi 12 jenis barangan harga terkawal selama 10 hari, dari 23 Mei hingga 1 Jun, di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Pesta Kaamatan pada 30 Mei.

Pengerusi Majlis Gerakan Pengguna Labuan, Fauziah Datuk Mohd Din berkata skim tersebut akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata antara barang kawalan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, kepak ayam, telur ayam – gred A, B, C, daging kerbau import (India), bawang merah (India), bawang putih (China), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Fauziah berkata di bawah Akta itu, syarikat boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM500,000 dan individu pula boleh dikompaun tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika gagal mematuhinya.

“Kementerian akan menjalankan pemeriksaan secara berterusan bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa pencatutan oleh peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan,” katanya pada pelancaran skim itu di D’One Mart di sini Isnin.

Beliau berkata pegawai penguatkuasa akan ditempatkan di lokasi-lokasi tumpuan ramai seperti pasar untuk memantau dan menjalankan pemeriksaan ke atas peniaga.

Fauziah bekata Kementerian juga telah menghebahkan mengenai harga siling kepada peniaga dan orang ramai mengenai skim itu melalui media dan laman sesawang KPDNKK.

“Skim ini untuk memastikan pengguna dapat memperoleh barangan tersebut semasa musim perayaan pada harga yang berpatutan dan mengelakkan kenaikan harga,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan