Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga Runcit RON95, RON97 Dan Diesel Kekal

petrol-ron-95

KUALA LUMPUR — Harga runcit RON95, RON97 dan diesel
bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada
RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian
itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus.

CBP akan dilaksanakan mulai esok.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan