Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga runcit petrol, diesel turun 10 sen seliter

minyak

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015, berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) manakala diesel RM1.95 seliter.

“Harga itu berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi.

Makluman ini, sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawab di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

Dakwaan itu menyatakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai sumber maklumat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan