Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga Runcit Minyak Mingguan: Diesel Turun

 

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara mingguan bermula 30 Mac lalu, namun untuk seminggu berikutnya menyaksikan harga petrol naik sedikit.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 naik 3 sen menjadi RM2.16 seliter berbanding sebelumnya iaitu RM2.13 seliter antara 30 Mac dan 5 April.

Manakala siling harga untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.43 seliter iaitu naik sebanyak 2 sen berbanding sebelumnya hanya RM2.41 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit untuk minyak diesel untuk tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi RM2.08 seliter iaitu turun sebanyak 3 sen berbanding RM2.11 seliter sebelumnya.

Stesen penyiaran awam tersebut melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 6 April sehingga 11. 59 malam 12 April depan.

Mulai minggu lepas, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara bulanan itu dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bermula pada Disember 2014 lalu.

Pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan lebih pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Komen


Berita Berkaitan