Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga Petrol RON97 Naik 19 Sen, Diesel dan RON95 kekal

PUTRAJAYA: Bermula hari ini harga RON97 akan diapungkan secara apungan terurus pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun ini dengan harganya diselaras setiap minggu, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini mencecah AS$76 (RM302) setong selain harga produk petrol dan diesel yang ditapis antara AS$87(RM345) hingga AS$88 (RM349) setong, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 serta diesel.

“Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), harga RON95 dan diesel akan meningkat kepada masing-masing RM2.53 dan RM2.51 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan juga sudah memperuntukkan RM3 billion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Sementara itu, harga petrol RON97 dilihat naik 19 sen bermula jam 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh seminggu hingga 13 Jun ini.

Pengumuman mengenainya dibuat di laman Facebook milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) petang semalam.

Minyak petrol RON95 kekal pada harga RM2.20 seliter manakala harga Diesel pula RM2.18 seliter. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan