Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Harga petrol, diesel turun 5 sen

10:00pm 30/11/2016 Pak Roshan 68 views Mutakhir,Nasional

petrol-600x367

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel turun lima sen berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini, berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Disember bagi RON95 turun sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter berbanding RM1.95 sen pada November.

Harga bagi RON97 turut berkurangan daripada RM2.30 kepada RM2.25 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga diesel juga turun lima sen, daripada RM1.90 kepada RM1.85 seliter. Pada Oktober lalu, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen, manakala diesel pula naik lima sen. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan