Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga Minyak Turun Lagi Minggu Terakhir Februari

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan ia turun lagi untuk minggu terakhir Februari.

Ia di luar ramalan ekoran harga kontrak global menokok kukuh setelah inisiatif Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan kuota pengeluaran menyaksikan stok minyak mentah merosot di seluruh dunia.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 turun enam sen kepada RM2.17 seliter berbanding RM2.23 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan turun hanya tujuh sen kepada RM2.43 seliter daripada asalnya RM2.50 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan turut jatuh sebanyak enam sen lagi kepada RM2.13 seliter daripada harga minggu sebelumnya iaitu RM2.19.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 22 Februari sehingga 11.59 malam pada 28 Februari.

Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan