Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga Minyak Turun, Kurangkan 10-11% Kos Pengusaha Teksi

teksi1

KOTA BHARU – Penurunan harga petrol dan diesel mengurangkan 10 hingga 11 peratus daripada keseluruhan kos yang terpaksa ditanggung pengusaha kereta sewa dan teksi persendirian, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid bagaimanapun, berkata jumlah berkenaan adalah kecil memandangkan mereka juga perlu menanggung kos lain seperti insurans kenderaan, penyelenggaraan dan penukaran tayar.

“Selain itu, pengusaha kereta sewa dan teksi persendirian juga resah dengan kenaikan kos di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang turut mengenakan caj perkhidmatan sebanyak enam peratus apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan April depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan komputer dan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada 11 persatuan pemandu kereta sewa dan teksi yang terjejas banjir di negeri ini.

Syed Hamid berkata pendapatan pengusaha kereta sewa dan teksi persendirian di Kelantan adalah antara RM1,000 dan RM1,200 sebulan dan kadang-kala tidak mampu menampung kenaikan harga barangan di pasaran. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan