Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Harga minyak mentah jatuh ketara

8:55am 01/11/2016 Pak Roshan 162 views Global

pelantar

NEW YORK: Harga minyak mentah jatuh ketara pagi ini mencecah paras terendah satu bulan disebabkan kebimbangan berhubung kemampuan OPEC dalam melaksanakan rancangan pengurangan pengeluaran, manakala harga saham global pula kurang stabil berikutan sentimen semasa.

Harga minyak mentah jatuh lebih tiga peratus disebabkan keraguan berhubungan keupayaan pelaksanaan cadangan pengurangan pengeluaran OPEC. OPEC yang dijangka menunjukkan rekod pengeluaran tertinggi pada Oktober, turut mempengaruhi pasaran.

“Pasaran menjadi sedikit tidak bermaya,” kata Kyle Cooper, penganalisis di ION Energy di Houston.

“Melainkan OPEC dapat meyakinkan ahlinya dan pemain minyak dan gas lain dalam menyertai usaha pengurangan pengeluaran, pasaran akan menjadi skeptikal.”

Brent jatuh AS$1.41, atau 2.84 peratus pagi ini, pada AS$48.30 satu tong, manakala minyak mentah AS pula susut AS$1.84, atau 3.78 peratus, pada AS$46.86.

Harga minyak yang lebih rendah mempengaruhi saham berkaitan tenaga di Wall Street dan bursa saham Eropah. – Reuters/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan