Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harga Di Bazar Ramadan Labuan Berpatutan

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Labuan berpuas hati dengan kadar harga yang dikenakan para peniaga di bazar Ramadan di seluruh pulau ini.

Setakat ini, bahagian penguatkuasaan kementerian itu melakukan pemeriksaan terhadap 213 gerai di bazar Ramadan di pulau ini iaitu di Ujana Kewangan melibatkan 40 gerai, Labuan Walk (96), Pasar Besar Labuan ( 21), Sg. Bedaun (30) dan Jalan Mawar (26).

Ketua Penguatkuasaan KPDNKK Labuan Mohd Fikri Lai Abdullah berkata berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dari 17 hingga 19 Mei di lima bazar Ramadan, agensi itu tidak mengesan sebarang perbuatan menaikkan harga jualan secara melampau.

“Hanya terdapat kenaikan 10 peratus bagi makanan tertentu. Tapi, sesetengahnya (harga), turun pula,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

Fikri berkata pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan penjaja mematuhi sepenuhnya syarat berkaitan tanda harga mengikut Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

“Peniaga yang didapati enggan meletakkan tanda harga, malah setelah dinasihat dan notis diberi supaya mematuhi peraturan itu, boleh dikenakan kompaun,” katanya sambil menjelaskan bahawa setakat ini, tiada aduan rasmi diterima pihaknya berhubung perkara itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan