Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Harga barang yang mempunyai nilai 99 sen menunjukkan peniaga tidak ikhlas

7:32pm 04/02/2016 Leolerry Lajius 519 views Tempatan
Jainab bersama pegawai KPDNKK ketika melawat ke pasar raya Giant.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab bersama pegawai KPDNKK ketika melawat ke pasar raya Giant.-Gambar Oleh Alex Mairin

PENAMPANG: “Harga barang yang mempunyai nilai 99 sen menunjukkan peniaga tersebut tidak ikhlas.”

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Zainab Hj. Ahmad Ayid ketika sidang media sempena program Walkabout musim perayaan Tahun Baru Cina 2016 di pasar raya Giant Penampang petang tadi.

“Bagi saya peniaga yang meletakkan harga RM6.99 adalah tidak ikhlas kerana apabila kita membayar barang tersebut di kaunter ia akan menjadi RM7.00,”katanya.

Beliau turut mempersoalkan, jika peniaga benar-benar ikhlas menurunkan harga kenapa tidak meletakkan harga RM6.95 atau jika tidak mampu, letakkan sahaja harga RM7.00 pada barang tersebut.

“Hal ini boleh menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi yang tidak baik dan mengganggap seolah-olah tidak ada pemantauan terhadap harga barang di pasaran oleh pihak berwajib,”katanya.

Tambah beliau, ramai dalam kalangan pengguna yang masih belum tahu bahawa di bawah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada Tribunal Pengguna yang boleh menjadi saluran untuk melaporkan masalah yang dihadapi.

Sempena Tahun Baru Cina kerajaan telah mengumumkan terdapat 13 jenis barang dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang akan berkuatkuasa pada 3 hingga 14 Februari.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Jainab (tengah) bersama anggota KPDNKK dan Skuad Pengguna ketika membuat pemantauan di pasar raya tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (tengah) bersama anggota KPDNKK dan Skuad Pengguna ketika membuat pemantauan di pasar raya tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan