Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harapan Rakyat tinggalkan Gabungan Sabah

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mengumumkan meninggalkan Gabungan Sabah (GS) dan akan menjadi parti pembangkang yang akan menegur kerajaan jika tidak menunaikan manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu.

Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, tindakan itu diambil kerana GS adalah tidak berdaftar dan hanya digunakan sebagai platform gabungan bagi menghadapi pilihan raya yang lalu.

“Parti juga telah memutuskan oleh kerana Gabungan Sabah adalah satu platfrom pilihan raya dan gabungan sabah adalah tidak berdaftar, maka majlis tertinggi membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan gabungan Sabah.”

“Kami akan tentukan hala tuju Harapan Rakyat dan menjadi parti pembangkang yang akan menegur mana mana dasar ataupun tindakan kerajaan yang ada sekarang ini samaada di peringkat negeri atau persekutuan jika mereka tidak melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihan raya lepas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Harapan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelas Lajim, beliau telah memaklumkan Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansor dan presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) serta Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) berhubung hal itu kecuali presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kerana tidak dapat dihubungi.

Lajim juga menyatakan, Harapan Rakyat juga belum mengambil apa-apa keputusan samaada akan bergabung dengan Gabungan Bersatu ataupun tidak kerana berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili hanya parti yang mempunyai kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen yang akan membentuk gabungan berkenaan.

“Kenyataan Maximus itu seolah-olah kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyertai STAR jika mahu bersama-sama membentuk Gabungan Bersatu.”

“Hala tuju parti ke arah itu juga masih samar-samar kerana hanya Presiden STAR yang ada memberikan penerangan berhubung hal itu namun pihak PBS dan Umno tidak memberikan sebarang makluman,”katanya.

Untuk rekod daripada empat parti yang bergabung dalam GS pada pilihan raya yang lalu hanya Parti STAR yang berjaya mendapat kerusi iaitu DUN Bingkor dan DUN Tambunan serta Parlimen Keningau./ SayangSabah

Lajim (tengah) ketika sidang media berkenaan. /Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan