Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harapan Rakyat tanding 16 Parlimen dan 28 DUN

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya Datuk Seri Panglima Lajim Ukin akan bertanding di P.177 Beaufort dan juga di N.25 Klias.

Bagi 16 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh Harapan Rakyat adalah Siti Zaleha S.W.Ibrahim P.166 Labuan, Jalumin Bayagoh P.167 Kudat, Datuk Maijol Mahap P.168 Kota Marudu, Miasin Mion P.169 Kota Belud, Syra Peter P.170 Tuaran, Jivol Doudilim P.173 Putatan, Jaafar Ismail P.176 Kimanis, Dayang Aezzy Liman P.178 Sipitang, Laimoi Laikim P.181 Tenom, Sipin Kadandi P.183 Beluran, Alfian Mansyur P.184 Libaran, Mustapa Datu Tambuyong P.187 Kinabatangan, Siti Shazianti Ajak P.188 Silam, Asmara Asmad P.189 Semporna, dan Alizaman Jijurahman P.190 Tawau.

Sementara itu, 28 kerusi DUN adalah Abidula Amsana N.1 Banggi, Bakir Macaing N.3 Pitas, Arifin Harith N.10 Sulaman, Ahsim Jamat N.12 Karambunai ,Ester Otion N.18 Petagas, Datuk James Ghani N.22 Pantai Manis, Matlin Jilon N.21 Kawang, Jaafar Ismail N.23 Bongawan, Ali Omar Mohd Idris N.24 Membakut, Jonas Sungin N.26 Kuala Penyu, Asmat Japar N.27 Lumadan, Patrick Sadom N.28 Sindumin, Aman Manaf .30 Karanaan.

Yahia Raimah N.36 Kemabong, Apandy Angindi N.38 Nabawan, Dahil Masdik N.41 Gum Gum, Muariffin Abdul Malek N.48 Sukau, Bulangan Panasi N.49 Tungku, Utung Tanjong Baru N.52 Sulabayan, Mohd Zakaria N.53 Senallang, Razali Hamzah N.55 Balung, Alizaman Jijurahman N.56 Apas, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon N.58 Merotai, Noraiza Mohammad Noor N.17 Tanjung Aru, Wong Yu Chin N.50 Lahad Datu, dan Pang Thou Chung N.57 Sri Tanjung.

Lajim menyatakan calon bagi kerusi N.8 Usukan akan diumumkan kemudian.

Untuk rekod tiga parti dalam Gabungan Sabah (GS) telah mengumumkan calon masing-masing iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan bertanding di lima kerusi Parlimen dan 17 DUN, Parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding di satu kerusi Parlimen dan empat DUN, Harapan Rakyat 16 Parlimen dan 28 DUN manakala tiga lagi kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN akan ditandingi oleh Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) namun setakat ini belum mengumumkan calon mereka./SayangSabah

Lajim (tengah) bersama calon Harapan Rakyat pada PRU-14.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan