Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harapan Rakyat mahu fail saman malu

Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Maijol Mahap (duduk dua dari kanan) pada sidang media, di, Kota Kinabalu. -Foto NSTP/Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) hari ini menimbang untuk memfailkan saman malu terhadap pihak yang ada kaitan berhubung laporan mendakwa presiden parti itu, Datuk Lajim Ukin diisytiharkan muflis.

Timbalan Presidennya, Datuk Maijol Mahap, berkata keputusan itu disokong sebulat suara semua ahli Majlis Tertinggi Harapan Rakyat dalam mesyuarat membincangkan notis kebangkrapan diterima Lajim yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, Lajim belum diisytiharkan muflis oleh mahkamah, sebaliknya hanya menerima notis kebangkrapan iaitu satu daripada proses ke arah kebangkrapan dan individu yang menerima notis itu belum boleh dianggap muflis.

“Berikutan notis itu, ada stesen televisyen mengeluarkan berita semalam dengan memaparkan di kaca televisyen yang menyebut Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak isytihar Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin muflis.

“Stesen itu juga mengeluarkan berita pada 16 Januari di mana pembaca berita menyatakan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mengisytiharkan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin sebagai muflis,” katanya di sini, hari ini.

Maijol berkata, laporan stesen televisyen itu adalah salah dan berniat jahat terhadap Lajim kerana tiada pengisytiharan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Lajim sebagai muflis.

Pada masa sama, katanya, ahli Majlis Tertinggi parti berdiri teguh di belakang Lajim untuk berhadapan dengan cabaran berhubung notis kebangkrapan terhadap presiden parti itu.

Katanya, Majlis Tertinggi parti turut memutuskan untuk membuat kutipan derma dalam kalangan ahlinya dan ahli parti untuk membayar yuran guaman.

“Kami buat ini bukan kerana beliau (Lajim) tidak mampu membayarnya tetapi sebagai tanda sokongan solidariti terhadap presiden kami,” katanya. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan