Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harapan anak

PENG Zhiwei bersama ibunya di hospital.
PENG Zhiwei bersama ibunya di hospital.

Machaping (China): Seorang budak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menjaga ibunya yang menderita akibat penyakit saraf sejak beberapa tahun lalu selepas kematian bapanya.

Walaupun kekurangan wang dan harapan yang semakin pudar, Peng Zhiwei tetap berusaha membantu keluarganya.

Tidak lama selepas Zhiwei dilahirkan, kesihatan ibunya mula merosot akibat penyakit saraf yang dikenali sebagai Myasthenia gravi.

Penyakit saraf yang jarang berlaku itu menyebabkan otot lemah dan keletihan serta memberi kesan kepada pergerakan badan dan pernafasan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kesihatan ibunya semakin merosot menyebabkan Zhiwei terpaksa memikul tanggungjawab keluarga yang lebih besar.

Zhiwei membawa ibunya ke bandar Guiyang untuk mendapatkan rawatan lebih baik.

Selain itu, Zhiwei juga mengkaji buku perubatan tradisional Cina dan mencari herba untuk merawat penyakit ibunya.

Zhiwei berkata, dia membuat satu ubat tradisional, tetapi selepas diminum selama enam hari berturut-turut, kesihatan ibunya masih tidak berubah.

Apabila penyakit ibunya menyerang pada waktu malam, Zhiwei langsung tidak dapat melelapkan mata.

“Saya bimbang ibu mungkin tidak bangun lagi sekiranya saya gagal membantunya ketika sakit. Saya hanya tidur pada jam 5 atau 6 pagi apabila keadaan ibu semakin reda,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan