Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harap bantuan banjir diagih lebih awal

Ivy Murang
Ivy Murang
Soni Abdul Rahman
Soni Abdul Rahman
Lisa Labau
Lisa Labau

SINDUMIN – Mangsa banjir di daerah ini berharap sebarang bentuk bantuan kebajikan pada masa akan datang diagihkan lebih awal bagi meringankan beban keluarga masing-masing yang kerugian akibat banjir.

Mereka yang ditemui SayangSabah berpendapat, bantuan khususnya keperluan harian seperti makanan penting disaat musibah melanda tambahan pula agak sukar mendapatkan bekalan keperluan semasa banjir.

Mangsa banjir dari Kampung Tanjung Lipis, Ivy Murang, 41, berkata, kawasan itu memang sentiasa dilanda banjir, namu kali ini adalah yang terburuk dan banyak peralatan di rumah mereka rosak kerana dimasuki air dan lumpur.

Menurutnya, barangan perabot, elektronik, dapur rosak teruk manakala kesemua kayu yang baharu dibeli untuk tujuan pengubahsuaian rumah hanyut dibawa arus deras pada masa itu dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan mencecah RM12,000.

Seorang kanak-kanak membantu ayahnya mengangkat barang bantuan yang diberikan oleh kerajaan. - foto Jimmy Tan
Seorang kanak-kanak membantu ayahnya mengangkat barang bantuan yang diberikan oleh kerajaan. – foto Jimmy Tan

“Barangan keperluan kami sudah beli lebih awal. Surut sahaja banjir kami terus beli barang. Justeru, kami harapkan di lain masa, supaya pihak berwajib menyegerakan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir terutama keluarga miskin,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Soni Abdul Rahman, 56, pula berkata, dia bersyukur di atas bantuan yang diberikan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya ia mampu meringankan perbelanjaan mereka sekeluarga pada masa ini.

“Kalau boleh, kami minta kerajaan menyediakan perahu dayung kepada penduduk di Kampung Kawang yang mempunyai seramai 25 buah keluarga. Mudah untuk kami bergerak untuk mendapatkan bantuan berpindah apabila banjir nanti,” ujarnya.

Soni berkata, akibat banjir tersebut, mereka sekeluarga mengalami kerugian berjumlah RM600.

Beberapa penduduk kampung berkongsi kenderaan untuk memunggah bantuan keperluan harian yang diagihkan kerajaan. - foto Jimmy Tan
Beberapa penduduk kampung berkongsi kenderaan untuk memunggah bantuan keperluan harian yang diagihkan kerajaan. – foto Jimmy Tan

Sementara itu, Lisa Labau, 58, berkata, rakyat harus bersyukur dengan segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menyediakan segala bentuk bantuan diperlukan bagi memastikan kebajikan rakyat yang dilanda bencana alam terus terbela.

“Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana sentiasa melakukan yang terbaik buat rakyat khusus di kawasan luar bandar dan bantuan kami terima hari ini membuktikannya,” jelasnya yang berasal dari Kampung Ranau-Ranau, Sipitang. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan