Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Haram poligami di India

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

New Delhi: Mahkamah Agung India mengeluarkan arahan mengharamkan lelaki Muslim berpoligami kerana ia dianggap bukan tuntutan utama dalam Islam.

Mahkamah juga memberikan kuasa kepada negara memecat kakitangan kerajaan yang melanggar ketetapan itu.

Hakim T S Thakur dan A K Goel berkata, perlembagaan menjamin hak seseorang mengamalkan dan menyebarkan sesuatu agama.

Namun, kata mereka, ia terhad kepada persoalan iman dan tidak membabitkan amalan yang bertentangan dengan peraturan umum, kesihatan dan moral.

Menurut mereka, Fasal 125 Perlembagaan India memperuntukkan perlindungan kepada pegangan akidah seseorang dan bukannya amalan.

Seorang kakitangan kerajaan, Khursheed Ahmad Khan dipecat selepas dia bercadang berpoligami.

Dia juga sukar mendapat kebenaran menikahi isteri kedua seperti yang ditetapkan undang-undang. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan