Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Haram bot pam di timur Sabah awal 2017

8:54pm 21/04/2016 Pak Roshan 779 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

bot pam1

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menetapkan 7 Januari 2017 sebagai tarikh interim bagi pengharaman penggunaan bot pam untuk meningkatkan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ia antara langkah bagi mengukuhkan tahap keselamatan susulan insiden culik terbaru membabitkan empat kru kapal tunda warga Malaysia di perairan berhampiran Pulau Ligitan di Semporna, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata sehingga tarikh itu warga tempatan tidak digalakkan menggunakan bot pam, manakala bukan warganegara pula dilarang penggunaannya berkuat kuasa serta-merta.

“Penggunaan bot pam tidak digalakkan kerana sering digunakan oleh anasir tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang boleh membawa kepada ancaman keselamatan di kawasan berkenaan (perairan ESSZONE).

“Langkah pengharaman bot pam itu sedang diselaraskan dan kerajaan akan memutuskan tarikh akhir penggunaannya.

“Bagaimanapun, tarikh interim untuk pengharamannya yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) ialah pada 7 Januari 2017,” katanya pada sesi penggulungan Jabatan Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sebentar tadi.

Teks ucapan Musa dibacakan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang.

Mengenai cadangan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meningkatkan keselamatan di ESSZONE termasuk menempatkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Bum-Bum, Semporna, Musa berkata, ia akan diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan