Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hapus unsur syak wasangka, pertelingkahan

Shafie Apdal
Shafie Apdal

SEMPORNA – Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang kepada perpaduan dan penyatuan rakyat  Malaysia untuk menjadi tonggak bagi meletakkan negara maju ke depan.

Sehubungan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyarankan, agar unsur pertelingkahan dan sifat syak wasangka yang boleh menghalang penyatuan rakyat perlu segera dihapuskan.

“Saya berharap kepada rakyat kita harus mempunyai semangat toleransi tinggi. Kita selaku umat Islam, bangsa Melayu, bumiputera dan seluruh rakyat di negara ini, walaupun berbagai budaya dan anutan agama wajib bagi kita menyatukan rakyat supaya negara sentiasa berada dalam keadaa naman sejahtera,” katanya kepada pemberia di sini hari ini.

Mohd. Shafie berkata demikian sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman belia di Semporna, Sabah.

Hadir sama, bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dan isteri, serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandardan Wiilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung khususnya rakyat di daerah tersebut.

Mengenai majlis rumah terbuka itu, beliau berkata ia merupakan amalan yang baik dan membolehkan rakyat pelbagai kaum dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu dengan lain.

Menurut beliau lagi, perbezaan di antara kaum dan agama bukan menjadi masalah untuk saling kunjung mengunjungi dalam menyambut perayaan seperti Aidilfitri.

Beliau menegaskan, pihak yang menimbulkan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam perlu dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira kedudukan seseorang itu.

Tegas beliau lagi, undang-undang merupakan tunggak kepada negara, justeru semua pihak harus mematuhinya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan