Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hanya Tiga Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan Banjir Membakut

6:40pm 30/10/2016 Pak Roshan 213 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

banjir

KOTA KINABALU : Hanya sembilan daripada 54 orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Mini Pejabat Daerah Kecil Membakut semalam, masih berada di pusat pemindahan berkenaan.

Pegawai Daerah Beaufort, Said Othman berkata seramai 45 orang daripada 14 keluarga telah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing kira-kira pukul 10 pagi tadi manakala tiga keluarga lagi masih kekal di sana.

“Bagaimanapun, kita akan terus memantau keadaan memandangkan keadaan cuaca di sini masih mendung. Pusat pemindahan sentiasa bersedia menerima mangsa pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi.

Semalam 54 orang daripada 17 keluarga dari beberapa kampung di sekitar Daerah Kecil Membakut dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan berikutan limpahan air dari Sungai Membakut akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak dua hari lalu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan