Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya Selongsong Kotak Hitam Kedua Ditemui: Hollande

-

SEYNE-LES-ALPES – Presiden Perancis, Francois Hollande berkata selongsong kotak hitam kedua daripada pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps selatan negara itu semalam sudah ditemui, tetapi tanpa isinya.

“Kami masih mencari kotak hitam kedua. Selongsongnya sudah ditemui, tetapi malangnya tidak bersama kotak (perakam data penerbangan) itu sendiri,” katanya pada sidang media tidak jauh daripada tapak nahas bersama Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy.

Perakam data penerbangan merekodkan maklumat 25 jam terakhir sesebuah pesawat merangkumi kedudukan dan keadaan semua komponen utama.

Semalam kotak hitam pertama yang mengandungi rakaman suara kokpit ditemui dan sedang dianalisa pihak berkuasa. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan