Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya sejam untuk bersihkan Masjidil Haram

PEKERJA membersihkan Masjidil Haram tanpa mengganggu jemaah melakukan tawaf.
PEKERJA membersihkan Masjidil Haram tanpa mengganggu jemaah melakukan tawaf.

Makkah: Proses mencuci keseluruhan kompleks Masjidil Haram hanya mengambil masa 55 minit, kata pegawai yang bertanggungjawab terhadap kebersihan masjid berkenaan.

Menurutnya, pada Ramadan, seluruh masjid dibersihkan sebaik tamat solat Maghrib untuk memastikan jemaah selesa melakukan ibadah seterusnya, katanya.

Masjidil Haram meliputi kawasan seluas 388,375 meter persegi selain kawasan tawaf seluas 17,540 meter persegi.

“Kami memerlukan 20 minit mencuci dan membersihkan kawasan tawaf. Ini bermakna satu meter persegi dicuci dalam tempoh kurang 13 saat walaupun kawasan itu sesak.

“Pekerja juga memastikan tiada pembaziran air dan menggunakan 400 liter untuk setiap 5,000 meter persegi. Ini bererti satu liter air digunakan untuk 12.5 meter persegi.

“Selain itu, 98 tan sisa buangan dikutip sehari sepanjang Ramadan,” katanya.

Menurutnya, pekerja membuang 60 peratus sisa buangan dalam tempoh 45 minit atau satu tan sebelum waktu solat Isyak. Tugas ini amat mencabar memandangkan masjid itu sentiasa sesak.

“Proses mencuci Masjidil Haram menggunakan teknologi paling canggih dan terkini. Pekerja juga bergerak cepat dengan menggunakan hampagas bertenaga tinggi yang mampu membersihkan kotoran di setiap pelosok,” kata sumber itu.

Selain itu, katanya, pekerja turut menggunakan mesin mencuci lantai, bukan penyapu yang boleh menyebabkan habuk dan kotoran beralih ke tempat lain.

“Masjidil Haram memiliki kenderaan khas untuk kerja mencuci khas dan ia juga digunakan di Masjid Nabawi di Madinah.

“Ia mampu mengumpulkan sehingga 245 liter kotoran bersaiz kecil.

“Selain mempercepatkan proses pembersihan, mesin itu mudah dikendalikan dan lebih bersih,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan