Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya penduduk tempatan diberi keutamaan

Keadaan rumah setinggan di Kampung Bangau-Bangau Semporna.
Keadaan rumah setinggan di Kampung Bangau-Bangau Semporna.

SEMPORNA – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bugaya dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna diminta segera bertindak menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau, di sini.

 

Pembantu Menteri Kewangan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban berkata, beliau akan mengkaji semula penempatan di kawasan atas air dan akan cuba mencari alternatif agar perkampungan tersusun dan teratur dapat dibina semula.

 

Tegas beliau, oleh kerana kebanyakkan perumahan di situ agak berdekatan antara satu sama lain dan dan tidak tersusun, hanya penduduk tempatan sahaja akan diberi keutamaan dalam penempatan semula.

 

“Saya juga telah meminta bantuan kebajikan daripada Jabatan Ketua Menteri untuk memberi bantuan segera memandangkan mangsa kebakaran terlalu ramai, selain mendapatkan maklumat lengkap dan jumlah mangsa kebakaran penduduk tempatan,” katanya di sini hari ini.

 

Dalam kejadian tersebut pada awal pagi kelmarin, hampir 500 buah rumah di kawasan setinggan itu musnah dijilat api hingga mengakibatkan mangsa kehilangan sejumlah harta benda dan tinggal sehelai sepinggan.

 

Dua jentera bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.02 pagi, walau bagaimanapun, api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.56 pagi dan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan