Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya kira-kira 200 penyokong PKR hadiri ceramah Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim semasa sesi ceramah beliau di Likas, malam tadi. - foto Nuzirwan Andi Samsiar
Anwar Ibrahim semasa sesi ceramah beliau di Likas, malam tadi. – foto Nuzirwan Andi Samsiar

KOTA KINABALU – Beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Likas, malam tadi, tersipu-sipu apabila ditanya oleh Penasihat PKR itu sama mereka juga menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Saat diajukan pertanyaan itu, kebanyakkannya tidak menjawabnya dengan jelas, cuma ada yang mengangguk dan ketawa kerana mungkin telah beberapa kali menerima BR1M yang disalurkan oleh kerajaan pentadbir ketika ini.

Ceramah Anwar malam tadi hanya dihadiri kira-kira 200 penyokong PKR dan turut dihadiri Ketua PKR negeri, Datuk Lajim Ukin serta beberapa pemimpin PKR peringkat bahagian.

Dalam ceraham itu, Anwar secara ironinya berterus terang sanggup `dipenjarakan’ seketika sekiranya tindakan beliau itu dapat meningkatkan ekonomi negara termasuk kenaikan harga minyak dunia yang tidak menentu ketika ini.

“Ini cara sahaja, nak masukkan saya ke dalam penjara, selesai tak selesai… kalau Anwar masuk penjara ekonomi meningkat, harga minyak naik .. harga kelapa sawit naik … saya beritahu saudara… saya rela.. masuklah sekejap,” katanya sambil disambut gelak ketawa penyokong PKR.

Pada 26 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memaklumkan bahawa keputusan rayuan akhir kes Anwar dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diketahui pada 10 Februari ini.

Beliau mengemukakan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Dalam pada itu, Anwar mengakui, agenda reformasi parti pembangkang itu yang masih belum tercapai termasuk di Sabah akan terus dibawa dan diselitkan dalam kempennya dengan kerjasama PKR negeri. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan