Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya BN yang mampu membela nasib rakyat- Hamisa

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat mengajak seluruh rakyat untuk bersyukur dan membalas budi dengan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ini kerana hanya kerajaan melalui BN yang mampu membela nasib rakyat dan memberikan limpahan pembangunan selama ini.

Hamisa berkata rakyat perlu menyedari pembangkang hanya datang bermusim dan tidak seperti kerajaan yang sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat pada setiap masa.

“Mereka ini patut ditolak kerana datangnya mereka ini bermusim… ada juga yang datang lima tahun sekali untuk mencuba nasib,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Palasan Pusat Perhutanan Luasong, Tawau semalam.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu hanya kerajaan BN BN adalah satu-satunya parti di negeri ini yang mempunyai perancangan baik bagi membangunkan Malaysia dan juga Sabah.

Beliau berkata pakatan pembangkang tidak mempunyai persiapan dan perancangan dalam membangunkan pelbagai kemudahan seperti yang dilakukan BN yang membawa masyarakat ke arah hidup yang lebih sejahtera dan selesa.

“Saya tidak rasa pakatan pembangkang boleh buat apa yang BN telah lakukan selama ini. Bukan nak sombong, tetapi hanya BN mempunyai persiapan sama ada dari bentuk kepimpinan, ataupun pemikiran yang boleh menukar dan memajukan negara ini.

“Kita ambil contoh, BN memilih calon yang berpengalaman, boleh tolong rakyat, mempunyai kepandaian, serta sanggup untuk membela nasib rakyat di sini,” tambah Hamisa.

Menurutnya beliau percaya penduduk di Dun Tanjong Batu dalam Parlimen Kalabakan berkehendakkan kemajuan dan mereka pastinya tidak mahu tersisih daripada arus perdana pembangunan negara.

“Masyarakat harus yakin terhadap calon BN berbanding pembangkang untuk terus menikmati keselesaan hidup selepas pilihan raya ini nanti. Kerajaan BN tidak pernah menyisih rakyat di kawasan pembangkang, sebaliknya tetap melaksana pelbagai usaha demi menjaga kebajikan rakyat supaya tidak terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Karnival Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Kalabakan di Kg Kalabakan Tawau./SayangSabah

Bersatu menyokong BN…..Hamisa bersama penduduk kampung semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Palasan Pusat Perhutanan Luasong, Tawau semalam.

Komen


Berita Berkaitan