Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hanya BN Mampu Bawa Semua Kaum Ke Tahap Lebih Tinggi

9:21am 10/04/2016 Pak Roshan 174 views Mutakhir,Politik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Ugadi 2016 di Dataran Merdeka hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Ugadi 2016 di Dataran Merdeka hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian buat keperluan mereka.

Beliau berkata dengan bantuan kerajaan, kehidupan semua lapisan masyarakat di negara ini semakin berkembang maju terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial sehingga kaum minoriti turut mendapat pengiktirafan dan penghormatan termasuk etnik Telugu.

“Pembangkang boleh cakap macam-macam, tetapi hanya kerajaan pimpinan BN sahaja yang dapat mengubah nasib kaum Telugu dan masyarakat India keseluruhannya.

“Teruslah beri keyakinan kepada kerajaan, maka kita akan terus bawa seluruh masyarakat India ke tahap lebih tinggi…kita akan teruskan usaha ini,” katanya ketika berucap pada Sambutan Rumah Terbuka Ugadi (Tahun Baru Telugu) di Dataran Merdeka, hari Sabtu.

Masyarakat Telugu merupakan etnik India kedua terbesar di negara ini selepas Tamil. Terdapat kira-kira 300,000 etnik Telugu di Malaysia yang rata-ratanya berasal dari negeri Andhra Pradesh, India.

Sambutan itu dianjurkan oleh Persatuan Telugu Malaysia (TAM) yang dihadiri kira-kira 5,000 masyarakat berkenaan.

Najib berkata sambutan Ugadi membuktikan pengiktirafan kerajaan BN bahawa setiap budaya yang diamalkan oleh mana-mana etnik di negara ini akan mendapat penghormatan sewajarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata kerajaan akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti kaum Telugu termasuk sokongan daripada segi kewangan dalam memperkembangkan Akademi Telugu yang diasaskan pada 2010.

Sebelum ini, kerajaan telah menyumbang RM3 juta yang dimanfaatkan oleh 3,500 pelajar Telugu dalam menguasai bahasa Telugu yang merupakan bahasa ibunda mereka serta mempelajari budaya warisan etnik itu, kata beliau.

Sebuah bangunan baharu yang menempatkan Akademi Telugu akan dibina di Hulu Selangor dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan