Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hanya ahli farmasi, pengamal perubatan berdaftar boleh jual cecair e-rokok : Ketua Pengarah Kesihatan

8:12pm 09/11/2015 Pak Roshan 164 views Isu Semasa,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR, Isnin – Cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

“Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1954, Akta Jualan Dadah 1952.

“Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan e-rokok di sini hari ini.

Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Okt lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusan untuk tidak mengharamkan e-rokok atau vape.

Minggu lalu, kementerian telah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham.- Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan