Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya 18 Keluarga Mangsa Kebakaran Tanjung Batu Tinggal Di Pusat Penempatan Sementara

kebakaran

TAWAU : Hanya 18 daripada 83 keluarga mangsa kebakaran di Tanjung Batu Tengah masih tinggal di Pusat Penempatan Sementara di Dewan Arena Belia Jalan Utara dekat sini.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil yang dihubungi Bernama hari ini berkata mangsa lain lebih selesa menumpang di rumah keluarga atau rakan mereka.

“Kita menawarkan tempat tinggal sementara di Arena Belia, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang memilih tinggal di situ,” katanya di sini.

Dalam kebakaran semalam, sebanyak 33 rumah musnah terbakar mengakibatkan 395 orang membabitkan 83 keluarga hilang tempat tinggal.

Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Kalabakan Mohd Ayaz Khan Yunus berkata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh akan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu di Kampung Pukat Janjung Batu, esok.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan