Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hanya 100 Penyokong Anwar Sertai Perhimpunan Solidariti

anwar

KUALA LUMPUR – Hanya kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyertai perhimpunan solidariti di perkarangan Penjara Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.

Selain dua anak Penasihat PKR itu, Nurul Nuha dan Mohd Ihsan, perhimpunan itu turut disertai Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Anggota Parlimen Hulu Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh.

Beberapa penyokong kelihatan melaungkan kata-kata ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Rakyat’ sambil memegang lilin.

Terdapat kira-kira 30 anggota keselamatan ditugaskan untuk mengawal keadaan.
PKR dilaporkan akan mengadakan pehimpunan solidariti itu pada setiap malam mulai malam tadi.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mendapati Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan