Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hantu punya menantu

9:20am 14/01/2016 Pak Roshan 1501 views Global
SEDUTAN video menunjukkan Sangeeta menjerut leher ibu mentuanya dengan sehelai kain.

SEDUTAN video menunjukkan Sangeeta menjerut leher ibu mentuanya dengan sehelai kain.

Lucknow, India: Seorang wanita ditahan polis selepas rakaman video yang memaparkan dia memukul dan menjerut leher ibu mentuanya tersebar di Internet.

Sangeeta Jain ditahan polis pada Selasa lalu kerana disyaki menyerang ibu mentuanya, Raj Rani Jain yang berusia 70 tahun di daerah Bijnore di Uttar Pradesh.

Video berkenaan tersebar sejak minggu lalu selepas suami wanita itu, Sandeep memasang kamera keselamatan di kediaman mereka.

Sandeep memberitahu polis dia memasang kamera itu secara sembunyi kerana mahu mendedahkan sikap sebenar isterinya itu.

Katanya, isterinya sering menyerang ahli keluarganya sejak mereka berkahwin tujuh tahun lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan